Saksi Mengaku Tidak Dapat Sebarang Projek Dari Zahid

- Advertisement -

Putrajaya – Seorang saksi mengaku tidak mendapat sebarang projek dari bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut pengarah syarikat Konsortium Multimedia Swasta Sdn Bhd, Ng Hong Sing, 56 dia telah diperkenalkan kepada Zahid melalui sorang individu bernama ‘Datuk Ruzi’.

Dia kemudiannya mendakwa pada sekitar Januari 2016, Ruzi telah membawanya untuk berjumpa dengan Zahid.

Ng berkata dalam pertemuannya dengan Zahid, ahli parlimen Bagan Datuk itu telah mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi sumbangan kepada Yayasan Akalbudi.

“Saya juga ada memberitahu kepada tertuduh (Zahid) jika dapat memberikan peluang pelaburan kepada saya kerana syarikat saya mempunyai pengalaman luas dalam bidang IT.

“Tertuduh juga ada memberitahu bahawa urusan selebihnya, saya boleh berhubung dengan Datuk Ruzi.

“Pertemuan tersebut telah berlaku dalam lebih kurang lima hingga enam minit,” katanya lagi.

Harris Ong: Berapa jumlah keseluruhan yang anda bayar kepada Yayasan Akalbudi?

Ng: Mengikut rekod saya sebanyak RM6.6 juta.

Harris Ong: Sumbang untuk dapatkan projek?

Ng: Bukan. Untuk (jadi) kawan.

Harris Ong: (Jadi) kawan untuk dapatkan projek?

Ng: Dalam fikiran saya, untuk dapatkan projek. Buat kawan untuk dapatkan projek.

Harris Ong: Hingga hari ni, adakah anda terima apa-apa pulangan?

Ng: Tidak ada.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zaidi Zainal, Ng bersetuju dengannya bahawa sumbangan itu bukan rasuah, tetapi adalah untuk kerja amal.

Saksi itu juga turut bersetuju dengan Ahmad Zaidi bahawa Zahid tidak menjanjikan apa-apa (projek) daripada sumbangan tersebut dan kata-kata itu (mengenai projek) hanya keluar daripada mulut Datuk Ruzi.

Zahid, 67, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, 8 rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat