Insomniacks dan Nabila Taqiyyah ‘Belum Mulai’ Tular Sebelum Pelancaran Rasmi

- Advertisement -

Kumpulan muzik tempatan, Insomniacks, terus menapak kukuh dalam industri muzik dengan kerjasama antarabangsa terbaru mereka. Selepas berjaya menambat hati peminat tempatan, mereka kini melangkah ke peringkat yang lebih tinggi dengan berkolaborasi bersama bintang Indonesia yang semakin meningkat, Nabila Taqiyyah, melalui lagu terbaru mereka, “Belum Mulai”.

Nabila Taqiyyah bukanlah nama asing di persada seni Indonesia. Bekas naib juara rancangan realiti popular Indonesian Idol musim ke-12 (2022-2023) ini telah mencuri perhatian ramai dengan bakat dan karismanya. Gabungan dua entiti muzik ini telah menghasilkan karya yang dinanti-nantikan oleh peminat kedua-dua negara.

Lagu “Belum Mulai” ditulis dan dikompos oleh Clara Riva dan S/EEK, menampilkan nuansa muzik kumpulan kugiran era 2000-an. Kisah di sebalik lagu ini menyentuh hati, menggambarkan seseorang yang terpaksa melepaskan orang yang disayangi walaupun belum sempat menjalinkan hubungan cinta.

Sedutan lagu “Belum Mulai” yang dikeluarkan pada 12 Jun lalu telah mencipta fenomena tersendiri dengan memperoleh lebih 850,000 tontonan dan 1,700 komen di Instagram. Rekaan muka depan lagu ini yang didedahkan pada 20 Jun juga mendapat sambutan hangat dengan 730,000 tontonan dan lebih 1,700 komen.

Pra-pelancaran lagu ini telah dilakukan pada 20 Jun 2024, manakala pelancaran penuh bersama video muziknya dijadualkan pada 28 Jun jam 12 tengah malam. Video muzik tersebut akan ditayangkan di saluran YouTube Insomniacks pada tarikh yang sama jam 10 malam.

Lagu ini dirakam di Jakarta pada bulan Mac lalu, dan penggambaran video muziknya telah dijalankan pada bulan Mei. Kolaborasi ini diharapkan akan menambah warna dalam industri muzik serantau dan meraih lebih banyak perhatian antarabangsa.

Dengarkan audio pra-dengar “Belum Mulai” sekarang dan nantikan pelancaran rasminya!

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat