Trump Umum Serangan AS ke Atas Tiga Tapak Nuklear Iran, Termasuk Fordow

- Advertisement -

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendakwa bahawa tentera AS telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear utama Iran – Fordow, Natanz, dan Esfahan – dalam kenyataan mengejutkan di media sosial. Namun, sehingga kini, tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Iran berhubung dakwaan serangan tersebut.

“Kami telah melancarkan serangan yang sangat berjaya ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordow, Natanz dan Esfahan,” kata Trump.

“Semua pesawat kini berada di luar ruang udara Iran. Bom telah digugurkan ke atas lokasi utama, iaitu Fordow. Semua pesawat dalam perjalanan pulang dengan selamat.”

Dalam kenyataan susulannya, Trump menyifatkan tindakan itu sebagai satu “detik bersejarah buat Amerika Syarikat, Israel dan dunia.”

“Iran kini mesti bersetuju untuk menamatkan perang ini. Terima kasih,” katanya lagi.

Trump turut mengucapkan tahniah kepada anggota tentera AS yang terlibat dan memuji keupayaan ketenteraan negaranya.

“Sekarang adalah masa untuk keamanan! Terima kasih kerana memberi perhatian terhadap perkara ini.”

Agensi AFP melaporkan bahawa Trump mendedahkan penggunaan pesawat pengebom halimunan B-2, walaupun tiada maklumat lanjut diberikan mengenai jenis bom yang digunakan. Pesawat B-2 itu dipercayai dilengkapi dengan bom pemusnah kubu bawah tanah (bunker-busting bombs), sesuai untuk menyerang kemudahan bawah tanah seperti Fordow.

Sumber ketenteraan AS sebelum ini memaklumkan bahawa beberapa pesawat B-2 telah berlepas dari pangkalan udara di Missouri, menuju ke barat melintasi Lautan Pasifik – laluan strategik ke Timur Tengah.

Dalam perkembangan berkaitan, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, memberi amaran bahawa sebarang tindakan ketenteraan oleh AS akan membawa kesan buruk yang besar.

“Sebarang serangan terhadap Republik Islam akan mengakibatkan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki kepada mereka,” tegas beliau.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei, turut menambah bahawa:

“Sebarang campur tangan Amerika akan menjadi resipi kepada peperangan besar-besaran di rantau ini.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat