Pelantikan Pegawai Perubatan Mengikut Merit Dan Prestasi – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan bahawa proses pelantikan secara tetap Pegawai Perubatan dibuat berasaskan merit dan prestasi semasa latihan siswazah dan tidak pernah menilai berdasarkan kaum atau agama.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd Shafiq Abdullah, berkata kenyataan media oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bertajuk ”Healthcare is colour blind” sebelum ini, bukanlah pendirian KKM.

“KKM merujuk kepada kenyataan media oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bertajuk ‘Healthcare is colour blind’ pada 26 Jun 2021 yang menolak unsur perkauman dan keagamaan dalam pemilihan dan pelantikan pegawai perubatan secara tetap.

“Pernyataan di perenggan pertama tersebut bukanlah pendirian KKM tetapi merupakan petikan intipati dan ulasan yang dibuat oleh Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia dan Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia menerusi keratan akhbar tersebut.

“Penjelasan KKM mengenai isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua persatuan berkenaan dibuat mulai perenggan kedua dalam kenyataan media tersebut”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berharap penjelasan ini dapat memperbetulkan kekeliruan dan salah tafsir semua pihak mengenai ketelusan dan integriti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat