Microsoft perkenal legasi baharu sistem operasi

- Advertisement -

Syarikat gergasi teknologi, Microsoft memperkenalkan legasi sistem operasi mereka yang baharu untuk menggantikan Windows 10.

Sebagai legasi sistem operasi terdahulu, Microsoft menamakan sebagai Windows 11 dengan pengenalan kepada siri baharu termasuk sokongan Android secara terbina.

Menerusi satu penerangan yang dilakukan oleh Microsoft menyatakan bahawa Windows 11 menawarkan prestasi lebih baik berbanding sistem operasi sedia ada.

Bagi memberi kemudahan kepada pengguna, Microsoft juga menyatakan bahawa saiz kemas kini Windows bersaiz 40 peratus lebih rendah selain pengenalan sistem sekuriti lebih baik.

Nafas baharu juga diberikan kepada reka letak secara keseluruhan untuk sistem operasi ini sekali gus menjadikan ia lebih mesra pengguna.

Sesuai dengan peredaran teknologi semasa, Windows 11 melakukan integrasi kemudahan untuk komunikasi termasuk sokongan kepada Microsoft Teams secara terbina.

Ciri baharu juga ditawarkan apabila pengguna boleh melakukan tetapan Windows Widget dan memberi kemudahan kepada pengguna untuk mengakses aplikasi atau perisian dengan pantas tanpa perlu menavigasi ke lokasi lain.

Pada masa sama, Microsoft menyatakan bahawa Windows 11 adalah bersifat terbuka iaitu pembangun boleh melakukan integrasi sekali gus membuka peluang serta penambahbaikan pada masa depan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat