KUALA LUMPUR — Pencapaian saintis Indonesia, Taruna Ikrar, mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila beliau menerima gelaran Profesor Adjung daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Space atas sumbangannya dalam bidang sains bioperubatan, neurosains, terapi sel, farmakologi serta dasar kesihatan global.
Beliau yang juga Ketua Badan Pengawas Ubat dan Makanan Republik Indonesia (BPOM RI), menerima gelaran Profesor Adjung sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam bidang sains moden dan regulasi kesihatan di peringkat antarabangsa.
Di bawah kepimpinan Taruna, BPOM RI semakin aktif memperkukuh integrasi penyelidikan saintifik, inovasi bioteknologi serta tadbir urus dalam pengawasan ubat dan makanan di Indonesia.
“Ilmu sains tidak seharusnya terhenti dalam batas makmal atau sekadar menjadi arkib jurnal.
“Pencapaian tertinggi seorang saintis adalah apabila inovasi penyelidikan dapat diterjemahkan menjadi terapi klinikal yang menyelamatkan nyawa manusia serta dasar awam yang melindungi kesihatan negara,” kata Taruna.
Majlis penganugerahan yg diadakan di sini turut dihadiri tokoh nasional, pegawai kanan serta keluarga besar BPOM RI.
Pada acara tersebut, Taruna diiringi Timbalan I BPOM RI bagi Pengawasan Ubat, Narkotik, Psikotropik, Prekursor dan Bahan Adiktif dan William Adi Teja.
Turut hadir Timbalan Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Afriansyah Noor, Bupati Tanah Bumbu, Andi Rudi Latif, Pengerusi Dharma Wanita Persatuan BPOM RI, Elfi Wardaningsih, Staf Pakar Ketua BPOM RI, Andi Armyn, Staf Khas Ketua BPOM RI bagi Dasar Regulasi Farmaseutikal dan Makanan Proses, Nor Andi Arina Wati Arsyad, Staf Khas Ketua BPOM RI,m dan dr. Wachyudi Muchsin.
Majlis itu turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif UTM, Mazlan Mohamad Abdul Hamed, Penasihat Kehormat Reka Bentuk Pendidikan UTM, Azlan Alias, wakil institusi lain serta Founder dan Global Group CEO AGAPE ATP Corporation, How Kok Choong.
Untuk rekod, selama lebih dua dekad, Taruna aktif dalam penyelidikan neurosains, terapi gen dan sel, farmakologi serta kesihatan awam termasuk pembangunan kaedah pemetaan otak dan Terapi Sel CAR-T bagi rawatan kanser serta limfoma.
Beliau juga memperjuangkan usaha mitigasi terhadap rintangan antimikrob (AMR) menerusi penerbitan saintifik dan forum kesihatan antarabangsa.
Taruna memperoleh Ijazah Sarjana dalam Sains Bioperubatan dari Universiti Indonesia sebelum melanjutkan pengajian doktor falsafah di Universiti Niigata dan program pascadoktoral di University of California Irvine dalam bidang neurofarmakologi serta pemetaan otak.
Selain aktif sebagai akademik dan pengawal selia, beliau turut dikenali sebagai penceramah antarabangsa termasuk di Harvard Medical School, CIRS Core Kuala Lumpur dan The 9th Global Dairy Industry Conference Asia 2026 di Singapura.
Taruna merekodkan lebih 1,700 sitasi saintifik dengan Google Scholar H-Index 24 dan Scopus H-Index 17 serta dianugerahkan gelaran Profesor Adjung dalam bidang Farmakologi “Advanced Cell Gene Therapy” di Malaysia.



