Latihan medan PISPA pupuk elemen siapsiaga, kukuhkan jati diri

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

GERIK – Latihan medan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) dapat memupuk beberapa elemen siapsiaga sebagai pengukuhan jati diri amat penting pada belia, pelapis muda dan anak bangsa.

Perkara utama pastinya bagi menguji dan sekaligus mendukung ketahanan fizikal, mental dan emosi yang merangkumi ketahanan luaran serta dalaman peserta.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kinta, Lt. Kol (PA) Mohd Zalimi Abdul Aziz berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Latihan Medan PISPA Kolej Komuniti Negeri Perak (KKNP) di Dewan Al-Farabi, Kolej Komuniti Gerik (KKGP), dekat sini pada Ahad.

Turut hadir, Pengarah Kolej Komuniti Gerik merangkap Pengerusi PISPA KKNP, Mejar Bersekutu (PA) Khairil Azhar Mohd Nor; Pengarah Kolej Komuniti Taiping merangkap Timbalan Pengerusi PISPA KKNP, Mejar Bersekutu (PA) Aznur Anuar Ab Azid; Pegawai APM Daerah Hulu Perak, Lt. (PA) Mohd Sophian Ismail; dan Pengarah-Pengarah KKNP.

Seramai 56 orang pelajar terdiri daripada 35 orang lelaki dan 21 orang perempuan dari 13 buah seluruh Kolej Komuniti negeri telah terpilih menyertai Latihan medan ini yang berlangsung selama dua hari bermula pada 24-25 Mei 2025 di KKGP.

Mohd Zalimi yang mewakili Pengarah APM Perak berkata latihan ini juga bertujuan untuk memilih kadet terbaik bagi mewakili KKNP ke pertandingan peringkat kebangsaan kelak.

“Selain itu, memfokuskan kepada latihan yang praktikal melalui silibus Asas Pertahanan Awam yang telah disediakan.

“Kita menilai para peserta atau kadet ini melalui penyelesaian tugasan yang diberikan dan dinilai oleh jawatankuasa teknikal dan jurulatih APM,”katanya.

“Penilaian ini dilaksanakan agar para peserta dilengkapi kemantapan dan merupakan produk berkualiti kita hasilkan.

“Secara tidak langsung kadet PISPA ini dibekalkan pengetahuan dan kemahiran selama mengikuti Kursus Asas Pertahanan Awam yang boleh dijadikan pratikal dalam kehidupan,”katanya lagi.

“Bukan sekadar jaringan kerjasama strategik, latihan ini turut membina sahsiah yang holistik, kesedaran dalam semua golongan mahupun golongan professional secara lebih efisyen mendekati keilmuan pertahanan awam.

“Kita amat berharap barisan peserta ini berjaya melontarkan impak yang positif.

“Di samping mempunyai dasar kepimpinan yang tinggi tanpa melupakan sahsiah, menjunjung ilmu serta mampu membawa perubahan landskap minda baharu bersama akhlak yang mulia, berjiwa patriotisma, semangat berpasukan, bekerjasama dan mewarisi kecintaan negara,”tambahnya.

Tambahnya lagi, pakej berkualiti ini akan mempergiatkan lagi para peserta ini menjadi seorang graduan yang cekap merebut ruang dan peluang.

Untuk rekod, penubuhan PISPA antara lainnya bermatlamat menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang individu yang berpengetahuan dalam ilmu Pertahanan Awam.

Selain itu, melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan APM sebagai pegawai pasukan yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas, serta menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taat setia dan cintakan negara. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat