Tabung Haji Perkenal Pembukaan Akaun Secara Maya (VAO)

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bagi menggalakkan bakal pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) membuka akaun secara dalam talian, TH memperkenalkan platform terbaharu iaitu Pembukaan Akaun Secara Maya (VAO) menerusi pautan dan aplikasi THiJARI.

Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mustakim Mohamad berkata, platform tersebut dijangka dapat memudahkan urusan pembukaan akaun baru dan masa untuk membuka akaun disingkatkan dari 15 minit ke satu minit.

Pendeposit juga akan diberi keutamaan di cawangan TH kerana telah melengkapkan permohonan terlebih dahulu.

“VAO bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk membuka akaun Tabung Haji dengan lebih mudah dari mana sahaja mereka berada sama ada melalui laman web atau aplikasi mudah alih, THiJARI.

“Bakal pendeposit perlu memenuhi syarat-syarat pembukaan akaun dan hanya perlu membawa MyKad dan amaun deposit permulaan. Selain itu, pendeposit yang mempunyai anak kandung di bawah umur 18 tahun juga boleh membuka akaun kanak-kanak menerusi THiJARI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu beliau menyarankan agar para pendeposit terus meningkatkan penggunaan perkhidmatan dalam talian sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengurangkan interaksi bersemuka di kaunter cawangan seluruh negara.

Beliau memberitahu sejak THiJARI diperkenalkan pada Februari 2020, platform tersebut berjaya menarik lebih 800,000 pengguna THiJARI Web dan 400,000 pengguna THiJARI App.

“THiJARI adalah perkhidmatan dalam talian yang dilancarkan pada awal tahun lalu bagi memudahkan para pendeposit untuk melakukan transaksi dan menerima perkhidmatan Tabung Haji secara dalam talian.

“Tabung Haji terus komited menambah baik mutu dan capaian perkhidmatan kami bagi keselesaan para pendeposit. Selain mewujudkan perkhidmatan yang lebih menyeluruh, mudah, dan fleksibel. Tabung Haji juga sentiasa peka terhadap keperluan semasa seiring dengan perkembangan digital,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat