Ada vaksin, ada kerja

- Advertisement -

PENERBIT syarikat produksi terkenal Radius One, Shahrulezad Mohameddin bertindak drastik memberi keutamaan mengambil pekerja yang sudah mengambil vaksin walaupun hanya dos pertama.

Shahrulezad menerusi media sosialnya berkata, keputusan ini dicapai hasil mesyuarat membabitkan pegawai atasan syarikat.

“Mulai hari ini (semalam) keutamaan bagi mereka yang akan diambil bekerja di Radiusone ialah mereka yang sudah divaksinkan walaupun cuma satu dos. Tapi ini cuma satu keutamaan sahaja. Mereka yang sudah divaksin akan diberikan keutamaan ini.

“Bagaimanapun, keutamaan ini akan menjadi satu perkara yang wajib mungkin sehingga hujung tahun ini atau pada satu tarikh yg diberitahu kemudian,” katanya.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang mahu terbabit dengan projek Radiusone tanpa mengira sama ada artis, kru, pelakon ekstra, pelakon baru atau pelajar latihan amali (praktikal) perlu berbuat demikian.

“Anda wajib divaksinkan terlebih dahulu sebelum bersama kami. Buat masa sekarang ni abam (saya) utamakan yang telah divaksin dahulu.

“Sampai pada satu ketika nanti barulah syarat ini akan menjadi wajib. Saya terpaksa buat begini sebab nak lindungi produksi saya.

“Saya nak lindungi pelakon, kru serta kakitangan dari terkena jangkitan yang fatal (membawa maut) sehingga mengganggu kelancaran produksi,” katanya.

Shahrulezad berkata, dia tidak sanggup lagi untuk berdepan dengan kegelisahan memikirkan keselamatan produksinya ketika bekerja.

“Saya asyik terfikir soal selamatkah atau tidak produksi saya ini? Adakah kru dan artis ikut prosedur operasi standard (SOP)? Adakah mereka dijamin tidak dijangkiti Covid?

“Saya tidak sanggup nak cemas memikirkan semua itu dan tidak mampu lagi nak tanggung kerugian terpaksa ‘shutdown’, ‘lockdown’ produksi sedangkan gaji pekerja berjalan seperti biasa.

“Lagipun sampai bila? Simpanan makin sedikit tapi projek banyak yang terbengkalai. Suka atau tidak saya kena wujudkan ‘herd immunity’ dalam kalangan kelompok produksi saya terlebih dahulu,” katanya.

Shahrulezad mengakui, dia pasti apabila semua sudah kebal dari virus ini, semua pihak boleh bekerja dengan hati yang lapang dan tenteram serta bukan dalam ketakutan.

“Jadi, tidak dapat tidak saya mewakili pengurusan atasan terpaksa memberitahu pada semua hanya yang sudah divaksin sahaja akan dibenarkan bekerjasama dengan kami. Dengan berat hati kami terpaksa melakukannya. Jadi sementara vaksin masih percuma ini saya galakkan anda pergilah daftar cepat-cepat,” katanya.

Terdahulu, Shahrulezad mengambil langkah untuk menjalankan ‘lockdown’ kepada syarikat produksinya bagi memastikan keselamatan pekerja selain mengelakkan risiko penularan wabak Covid-19.

Dia meminta pekerja termasuk pelajar latihan amali (praktikal) yang bertugas di syarikatnya supaya tidak hadir ke pejabat.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat