PRK KKB: Jangan pilih pemimpin hipokrit – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh menyeru pengundi di Kuala Kubu Bharu agar memilih pemimpin yang tidak hipokrit pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.

Menurutnya, pengundi KKB anda mewakili suara rakyat Malaysia ketika ini.

Katanya lagi, keputusan PRK tidak mampu mengubah kedudukan kerajaan negeri tetapi menghantar satu mesej yang jelas dari rakyat kepada semua pemimpin

“Semoga berjaya kepada semua calon-calon PRK Kuala Kubu baharu

”Keputusan PRK KKB ini tidak akan mampu untuk mengubah kedudukan kerajaan negeri mahupun pusat,tetapi ia akan memberikan satu mesej yang jelas dari rakyat kepada semua pemimpin

”Kepada pengundi Kuala Kubu Bharu anda mewakili suara rakyat Malaysia ketika ini,

”kalau nak memilih pemimpin,jangan pilih pemimpin yang hipokrit,” kata Dr Akmal menerusi catatan Facebooknya, pada Sabtu.

Beliau berharap, moga Allah permudahkan segala urusan PRK ini.

Terdahulu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat