Kompaun mesti ikut garis panduan – Menteri JPM

KUALA LUMPUR: Langkah mengenakan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) mestilah dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata kerajaan telah menggubal Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun di bawah akta tersebut untuk dijadikan panduan kepada pihak penguat kuasa yang menjalankan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Mengikut garis panduan tersebut, perbuatan seseorang pemegang lesen dan pemilik premis yang gagal mematuhi waktu operasi premis merupakan kesalahan kategori tiga yang boleh dikenakan kompaun maksimum RM10,000.

“Pesalah-pesalah pula diberikan kadar pengurangan sebanyak 50 peratus sekiranya membayar kompaun tersebut dalam tempoh tujuh hari dan 25 peratus sekiranya dalam tempoh 14 hari,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Takiyuddin menjelaskan pindaan yang dibuat terhadap Akta 342 itu adalah untuk menaikkan kadar kompaun yang boleh dikenakan bagi sesuatu tindakan atau perbuatan yang menjadi kesalahan kerana menyebabkan penularan wabak COVID-19 dalam negara ini.

Katanya, segala tindakan mengenakan kompaun bagi kesalahan di bawah undang-undang adalah bagi mencegah dan memberi pengajaran kepada pelaku agar sama-sama bertanggungjawab dalam usaha memerangi pandemik itu.

— BERNAMA

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Berita Berkaitan

Agong, Permaisuri Berkenan Tunai Solat Hajat Untuk Palestin

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan...

KKM Kesan Tiga Lagi Kes Covid-19 Berkaitan Varian India – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga lagi kes baharu COVID-19 yang dijangkiti varian dari India B.1.617.2. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...

Malaysia Sedia Hantar Tentera Bantu Misi Pengaman PBB Di Palestin – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia menghantar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu misi pengaman di Palestin sekiranya ia diminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),...