2,733 Kes Baru Covid, 13 Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,733 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 398,451 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 750 kes diikuti Kelantan (484) dan Sarawak (432).

Sehingga 27 April 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,733 kes (398,451 kes)

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan 13 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,462.

“Seramai 294 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 138 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan media harian pada Selasa.

Dalam pada itu ujarnya, 11 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan empat kluster berkaitan pendidikan, tiga kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat