Lee Kwang Soo tinggalkan Running Man

- Advertisement -

Seoul: Selepas lebih 11 tahun bersama Running Man, pelakon Lee Kwang Soo, 36, akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada program kegilaan ramai itu.

Menurut jurucakap SBS selaku penerbit, keputusan berkenaan bukan mudah namun terpaksa reda untuk melepaskannya.

Mereka menghormati keputusan dibuat Kwang Soo itu.

“Anggota Running Man dan kru produksi semuanya terbabit dalam perbincangan panjang mengenai hasrat Kwang Soo meninggalkan program itu. Namun, semua menghormati keputusannya.

“Selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya tahun lalu, dia menjalani terapi fizikal berterusan dan pada masa sama bekerja keras menjayakan rakaman Running Man. Ia bukan tugas mudah menyebabkan dia akhirnya menyuarakan dilema itu.

“Walaupun kami masih berbesar hati untuk terus bekerja dengannya, keputusan Kwang Soo adalah lebih penting. Memang sedih untuk mengucapkan selamat tinggal, namun kami akan terus menyokong kerjayanya selepas ini,” jurucakap itu.

Pelakon terbabit menjadi tonggak utama kejayaan program itu sejak diterbitkan pada 2010.

Hakikatnya, ramai kalangan penonton terhibur dan sentiasa menantikan gelagatnya.

Terdahulu, agensinya King Kong by Starship memaklumkan penggambaran terakhir Kwang Soo untuk program itu adalah pada 24 Mei ini.

Setakat ini, SBS belum ada perancangan mencari penggantinya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat