Covid-19: Sepanyol & Itali Longgar Sekatan

- Advertisement -

div align=”justify”>

EROPAH: Itali dan Sepanyol, antara dua negara yang paling terjejas akibat Covid-19 di benua tersebut, mula melonggarkan sedikit perintah lockdown yang dikenakan sebelum ini, lapor BNC

Selepas 42 hari, Sepanyol mula membenarkan kanak-kanak keluar dari rumah selama 1 jam setiap hari.

Walaupun begitu, dengan lebih 23,000 kematian di negara tersebut, ramai ibu bapa yang masih bimbang dan tidak mengambil peluang tersebut.

Itali pula akan mula membuka negara tersebut pada 4hb Mei yang akan datang secara berperingkat. Sektor seperti pembuatan akan dibenarkan untuk beroperasi terlebih dahulu dan sektor lain seperti restoran dan sebagainya, 2 minggu selepas tempoh tersebut.

Di sebalik kelonggaran tersebut, sekolah bagaimanapun masih akan ditutup sehingga September dan kelonggaran yang diberikan kerajaan Itali datang dengan peraturan ketat seperti pemakaian topeng muka,penjarakan sosial dan sebagainya.

Hampir 200 ribu kes jangkitan Covid-19 dikesan di Itali dengan lebih 26,000 orang telah meninggal dunia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat