Undi18: Pakatan Harapan Umpama “Kokok Derderai-Derai, Ekor Bergelumang Tahi” – Dr Kamarul Yusoff

- Advertisement -

SEBELUM mengecam, semak dahulu kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Azhar Azizan Harun, pada 3 September 2019.

Pensyarah Kolej Undang-Undang Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Yusoff menekankan, kenyataan Pelaksanaan Undi18 itu berkait dengan isu teknikal, antara lainnya ialah:

i) Menaik taraf sistem ICT SPR;

ii) Keperluan data-data dari jabatan/agensi kerajaan yang lain, antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penjara dan/atau Mahkamah serta Kementerian Kesihatan Malaysia;

iii) Pindaan kepada mana-mana undang-undang atau peraturan pilihan raya yang perlu untuk melaksanakan Undi18;

iv) Pindaan kepada Perlembagaan Negeri ataupun Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri untuk membolehkan warganegara yang berumur 18 tahun menjadi calon Dewan Undangan Negeri.

Tegasnya, merujuk kepada perkara keempat (iv), semakan kepada data rasmi menunjukkan sehingga kini hanya Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak sahaja yang bersetuju menerima Undi18, katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Selain itu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor menolak Undi18, sementara, Kedah dan Pulau Pinang belum memutuskan menerima atau menolak Undi18.

“Bukankah Negeri-Negeri Selangor dan Negeri Sembilan yang menolak Undi18 adalah berada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan?

“Dan bukankah Negeri Pulau Pinang yang belum memutuskan menerima atau menolak Undi18 juga adalah berada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan?” soalnya.

Justeru, berdasarkan situasi berkenaan, beliau menyarankan Majlis Presiden Pakatan Harapan menilai semula tindakan Pakatan Harapan Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang sebelum mengkritik SPR.

“Dan daripada berdemo di depan Parlimen, eloklah Pemuda Pakatan Harapan terlebih dahulu berdemo di depan Dewan-Dewan Undangan Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Inilah agaknya yang disebut oleh peribahasa Melayu: “Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi”, ujarnya lagi.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,597FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat