Pas Kelantan Hormati Keputusan UMNO Negeri

- Advertisement -

TUMPAT: PAS Kelantan menghormati keputusan UMNO negeri untuk memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Beliau berkata setiap parti politik berhak membuat keputusan masing-masing yang melibatkan hala tuju parti.

“Keputusan yang dibuat oleh UMNO itu hanya ‘mengikat’ UMNO dan ahli-ahlinya, bukan mengikat PAS atau parti-parti lain,” katanya kepada pemberita selepas melawat Agropreneur Muda Daerah Tumpat di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini hari ini.

Pada majlis yang turut dihadiri Pengurus Besar KADA Kelantan Nik Roslan Idris itu, Che Abdullah menyampaikan Geran Agropreneur Muda 2020 bagi jajahan Tumpat melibatkan peruntukan RM320,000 kepada 16 penerima.

Mengulas lanjut, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II itu berkata setakat ini, pendirian PAS negeri selaras dengan keputusan yang dibuat oleh parti itu di peringkat pusat iaitu memperkukuh muafakat dan mempertahan Perikatan Nasional (PN).

“Malah setakat ini, kami juga yakin dengan pentadbiran PN yang sangat memberi kesan keharmonian kepada seluruh masyarakat… jadi kami akan terus memainkan peranan untuk menyatukan rakyat dan saya yakin ini kehendak rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan UMNO Kelantan bertindak memutuskan hubungan serta kerjasama dengan Bersatu dan turut meminta PAS membuat keputusan yang jelas dan segera sama ada untuk bersama parti itu atau Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat