Perpaduan Orang Melayu Makin Kukuh Semenjak UMNO dan Pas Menerokai Jalan Perpaduan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perpaduan orang Melayu semakin kukuh semenjak UMNO dan PAS merintis jalan perpaduan dan ianya semakin erat sehingga membuah pelbagai kejayaan dalam siri Pilihan Raya Kecil (PRK) lepas.

Timbalan Presiden UMNO, Dato Seri Mohamad b Hasan berkata, kedudukan perpaduan orang Melayu tidaklah terlalu meruncing. Sesekali sudah pasti ada sedikit kocakan disana dan sini. Itu lumrah. Bumi mana tidak ditimpa hujan.

“Perpaduan ummah telah menjadi terma yang begitu tular dan lumrah kebelakangan ini.

“Semua pihak bercakap mengenainya. Seolah-olah ummah telah berpecah belah sehingga ke tahap yang sangat parah.

” Saya mempunyai pandangan yang berbeza. Pada saya, kedudukan perpaduan orang Melayu tidaklah terlalu meruncing. Sesekali sudah pasti ada sedikit kocakan disana dan sini. Itu lumrah. Bumi mana tidak ditimpa hujan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO di PWTC, disini, hari ini.

Katanya lagi, tetapi secara umumnya, perpaduan orang Melayu sebenarnya semakin mengukuh. Semenjak UMNO dan PAS menerokai jalan perpaduan, orang Melayu dalam kedua-dua parti besar ini semakin erat dan akrab, sehingga membuahkan pelbagai kejayaan dalam beberapa PRK yang lepas. Kita leraikan pergeseran silam, kita bersatu atas nama Islam dan Melayu.

Namun, tentu sekali kita akan melihat perpecahan jika konsep perpaduan bangsa Melayu itu ditafsirkan dalam konteks politik semata-mata. Jadi, janganlah perpaduan ummah itu, pada kita tidak lebih dari sekadar parti-parti Melayu duduk bersama dalam sebuah perikatan politik.

Mohamad juga menegaskan perpaduan ummah mestilah dibaca dalam konteks yang lebih besar. Ia mesti benar-benar bertujuan menyatukan semua orang Melayu. Merentas ideologi politik, merentas kepentingan kuasa dan merentas status sosial.

“Ia mesti menjangkaui laba politik dan tidak menjadi sekadar strategi untuk menang dalam pilihanraya. Sedangkan nasib dan masa depan ummah belum tentu akan dipedulikan selepas itu.

” Atas dasar itu, saya ingin membuat penegasan penting. Bahawa sebagai gerakan yang telah lama memperjuangkan orang Melayu, iltizam UMNO terhadap kepentingan ummah jangan sesekali dipersoalkan.

” UMNO telah lama merintis kesepakatan bangsa Melayu, merentas parti dan ideologi, semasa menentang Malayan Union.

“UMNO telah terlebih dahulu menggembleng pelbagai usaha mengumpul dana, sokongan dan bantuan orang Melayu, Cina dan India bagi merunding dan menuntut kemerdekaan,” ujarnya lagi. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat