England Tempang Tanpa Rashford, Saka

- Advertisement -

LONDON: Marcus Rashford dan Bukayo Saka diketepikan dari skuad England untuk kempen kelayakan Piala Dunia bertemu Albania dan Poland, umum Persatuan Bolasepak (FA) England, hari ini.

England mempamerkan kesungguhan untuk beraksi pada Piala Dunia Qatar 2022 apabila melakar kemenangan 5-0 ke atas San Marino di Wembley, semalam.

Rashford dan Saka tidak beraksi pada perlawanan itu dan FA kini sudah mengesahkan kedua-duanya tidak akan beraksi untuk dua lagi perlawanan pada bulan ini.

England akan berkunjung ke Albania awal pagi Isnin dan kemudian bertemu Poland di Wembley, Khamis ini yang juga perlawanan terakhir mereka sebelum pengurus, Gareth Southgate menamakan skuad untuk aksi Euro.

“Marcus Rashford and Bukayo Saka tidak akan menyertai perlawanan kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 seterusnya,” kata FA dalam satu kenyataan.

“Rashford mengalami kecederaan yang menyaksikannya diketepikan ketika mencatat kemenangan 5-0 ke atas San Marino. Selepas penilaian lanjut, diputuskan bahawa dia akan terus menjalani proses pemulihan bersama Manchester United.

“Saka akan kekal di Arsenal untuk penilaian lanjut dengan harapan dapat kembali semula menyertai Three Lions tetapi untuk sekarang, dia tidak akan beraksi bertemu Albania dan Poland.”

Saka melakukan penampilan pertama bersama England ketika bertemu Wales pada Oktober tahun lalu dan sejak itu, dia sudah melakukan tiga penampilan.

Rashford hanya beraksi sebanyak dua kali daripada lapan perlawanan membabitkan England pada 2020 dan kini terpaksa diketepikan kerana kecederaan kaki yang menyaksikannya terlepas beraksi ketika Manchester United tewas kepada Liecester pada suku akhir Piala FA – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat