PM ‘reformasi’ kita mesti hentikan siasatan polis terkait konspirasi guling kerajaan – Tony Pua

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP Tony Pua mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghentikan siasatan yang sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan wujudnya cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Tanpa berbasa-basi, Tony Pua menganggap siasatan ini sebagai perkara yang tidak masuk akal.

“Saya ingat ketika saya dianiaya dan disiasat oleh polis kerana konspirasi dalam “aktiviti yang merugikan demokrasi Parlimen”.

“Saya dihalang daripada meninggalkan negara. Berhubung dengan skandal besar Najib 1MDB.

“Sekarang, polis sekali lagi menyiasat konspirasi yang didakwa untuk menggulingkan kerajaan, melibatkan seorang “individu berpengaruh” dan sebuah agensi media antarabangsa. Mengenai skandal ‘Mafia Korporat’ Azam Baki dan SPRM?

“Nampak macam deja vu. PM reformasi kita mesti berhenti daripada perkara tidak masuk akal ini,” tegas beliau.

Terdahulu Ketua Polis Negara Tan Mohd Khalid Ismail berkata, laporan polis diterima semalam melibatkan dakwaan kerjasama antara seorang individu berpengaruh tempatan dengan agensi media antarabangsa.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan,” katanya.

Seksyen tersebut merujuk kepada aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat