Umno bukan cuma milik MKT – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Umno adalah milik ahli keseluruhannya bukan cuma Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sahaja.

Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, berbeza pandangan dengan pucuk pimpinan dan menuntut proses demokrasi dihormati tidak bermakna tidak setia kepada parti.

“Umno milik ahlinya semua.

“Bukan cuma MKT sahaja,” jelas bekas Ahli Parlimen Rembau itu.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan akan ada pembersihan besar-besaran terhadap mereka yang mensabotaj parti dan calon pada pilihan raya umum lalu.

Zahid berkata, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini akan memutuskan perkara itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat MKT malam ini akan menentukan nasib bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

“Tunggulah apabila MKT bermesyuarat, untuk dia (Khairy) secara individu tidak penting.

“Saya kata dalam Perhimpunan Agung (Umno) baru-baru ini, kita akan lakukan pembersihan secara besar-besaran termasuk mereka yang mensabotaj parti dan calon parti pada Pilihan Raya Umum lalu dan mungkin termasuk orang yang menembak kaki sendiri ketika pilihan raya diadakan.

“Bila besar-besaran itu maknanya adalah (pembersihan), mana yang belum terasa Insya-Allah esok malam akan terasa,” katanya.

Ditanya sama ada keputusan itu dibuat malam ini, Zahid meminta media untuk datang beramai-ramai bagi mengetahui senarai mereka yang terbabit.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat