Logo PKR lebih dikenali, harap PH faham strategi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Taktikal menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bukannya simbol Pakatan Harapan (PH) tidak sewajarnya mencetuskan persepsi,” kata Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin.

Dalam ciapan di Twitternya, Tze Tzin menyatakan hujah alasan tindakan PKR itu.

“Dalam PRN banyak penjuru, logo lama (PKR) membantu.

“Selain itu, PKR bertanding dalam kawasan marginal/rural. Setiap undi penting,” jelas beliau.

Hal demikian Tze Tzin memaklumkan bahawa PH perlu mempraktikkan ‘strategic flexibility’ bagi hadapi situasi semasa.

“Mohon persefahaman rakan PH.PKR tetap jiwa Harapan (PH).

Katanya, pengalaman di Melaka menunjukkan logo PKR lebih dikenali dan penting untuk memenangi pilihan raya.

“Di kerusi kompetitif di mana PKR bertanding, setiap undi diambil kira.

“Saya mempunyai pengalaman langsung dalam pilihan raya Melaka bahawa logo PKR adalah penting,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR akan menggunakan logonya sendiri dalam PRN Johor manakala Amanah dan DAP akan kekal dengan logo PH.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat