Contohi konsep ‘Saemaul Undong’ di Korea Selatan majukan kampung : Mahdzir

- Advertisement -

LANGKAWI -Institusi Ketua Kampung, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu mencontohi konsep ‘Saemaul Undong’ di Korea Selatan untuk memajukan kampung.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, konsep itu yang diperkenalkan oleh bekas Presiden Korea Selatan, Park Chung Hee pada tahun 1970, berjaya membawa perubahan besar di kawasan luar bandar negara itu.

“Saya suka mengambil contoh apa yang dilakukan di Korea Selatan itu yang berjaya melakukan transformasi kawasan luar bandarnya menerusi konsep ‘Saemaul Undong’.

Mereka telah mengubah semua kampung-kampung dari atap jerami gandum kepada atap genting dan juga membaik pulih rumah, melatih ketua-ketua kampung dengan istilah membina satu negara bangsa,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Kursus Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Dalam Pengendalian Komuniti serta Pembangunan Daerah Padang Terap.

Jelas Mahdzir, Korea Selatan telah membuktikan peranan besar ketua kampung dengan berjaya mengubah lanskap dan kehidupan masyarakat luar bandarnya dalam tempoh 10 tahun antara 1970 hingga 1980.

“Dalam fasa itu, Korea Selatan berjaya meletakkan asas yang kukuh bagi pembinaan sebuah negara bangsanya menerusi ‘Saemaul Undong’ yang membawa maksud ‘Gerakan Kemajuan Baharu’.

“Pada tahun 2013, mereka sekali lagi melakukan transformasi menerusi cogankata “Kami Mengusai Dunia” dengan pelbagai jenama peralatan elektronik yang dieksport dan digunakan di seluruh dunia seperti telefon bimbit jenama Samsung dan kereta jenama KIA.

“Mereka dari bangsa yang miskin selepas perang, 50 tahun Korea Selatan membangun menjadi sebuah negara hebat.

“Hari ini tuan-tuan dalam 50 tahun, tuan-tuan menjadi ketua, apa yang kita hendak angkat di kampung-kampung menjadi status lebih daripada apa yang ada hari ini, maka kita hendak tengok apa yang kita boleh buat,” ujar Mahdzir.

Tambah beliau, ketua-ketua kampung, JPKK dan JKKK hari ini perlu mempunyai data lengkap berkaitan kampung selain perlu merangka program yang bersesuaian untuk masyarakat di bawah pimpinannya.

“Dalam kepimpinan zaman ini, tuan-tuan menjadi ketua JPKK, apa yang kita nak adalah data. Apa dia data?

“Dalam kampung saya ada 112 rumah, anak-anak kampung sudah ada di universiti 16 orang, 4 orang di luar negara dan 12 di univerisit tempatan, yang sudah bekerja di Kuala Lumpur, Pulau Pinang 38 orang, 20 sudah berkahwin, ada tak data tersebut pada kita? Sebagai Ketua Kampung, data-data itu yang diperlukan,” kata Mahdzir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat