Nad ‘gerun’ dengan Rosyam

- Advertisement -

Pengalaman bekerjasama dengan ramai pelakon lelaki sebagai hero gandingan memberi satu keseronokan buat Nad Zainal ketika menjayakan sesebuah drama atau filem.

Namun, dalam ramai-ramai hero yang berganding dengannya, pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin ini meletakkan Datuk Rosyam Nor di carta nombor satu Hero Malaya pilihan peribadinya.

Nad berkata, pelakon berusia 54 tahun itu juga cukup digeruni apabila digandingkan bersama.

“Hero yang paling saya gerun untuk berlakon sama ialah Rosyam.

“Dia pelakon yang diminati seisi rumah, terutama ibu bapa saya yang sangat meminatinya. Apabila mereka mendapat tahu kami akan berlakon sebagai suami isteri dalam drama Mawar Putih Tanda Perpisahan pada 2013, mereka begitu gembira, walhal mereka tak tahu pada masa sama, saya sangat takut,” katanya.

Selain Mawar Putih Tanda Perpisahan, Nad dan Rosyam turut pernah digandingkan dalam drama Terputus Sebuah Doa.

Menurut Nad, sepanjang mengenai sisi peribadi Rosyam, dia menyifatkan pelakon itu seorang pengajar yang baik.

Katanya, dia banyak menerima nasihat berguna untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman hidup.

“Dia seorang yang banyak mengajar saya mengenai selok-belok lakonan secara semula jadi dan sangat ‘sempoi’, kelakar, merendah diri dan sangat disayangi.

“Dia sentiasa ramah dengan peminat jika mengadakan penggambaran di mana-mana. Rosyam pernah berkata, tanpa peminat ini kau takkan ke mana, terutama makcik-makcik di kampung yang banyak tonton dan beri sokongan, jadi saya akan ingat,” katanya.

Selain Rosyam, Nad turut berkongsi empat hero lain pilihan peribadinya iaitu Remy Ishak, Syafiq Kyle, Syukri Yahaya dan Redza Rosli.

Selepas lebih sedekad dalam bidang lakonan, Nad mengakui lebih memilih dalam tawaran watak.

Katanya, dia begitu mementingkan skrip dan jalan cerita yang memberi kepuasan tersendiri.

“Saya tidak memilih pelakon atau pengarah tetapi lebih kepada skrip yang bagus dan watak dilakonkan.

“Jiwa saya juga lebih kepada watak berat sekali gus beri kepuasan pada diri dan penonton,” katanya.

Untuk rekod, Nad pernah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018 dan Pelakon TV Wanita Popular menerusi Anugerah Bintang Popular 2014.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat