KPT bantu pelajar B40 jalani PdP tanpa kesulitan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar pelajar institut pengajian tinggi (IPT) daripada golongan B40 kini dipermudahkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, KPT sentiasa komited untuk memastikan pelajar IPT dapat menjalani sesi PdP dengan baik walau di mana sahaja mereka berada.

Katanya, pada 30 Oktober 2020, KPT telah melancarkan Pakej Pelan Data dan Peranti bagi membantu pelajar terutamanya golongan B40.

“320,396 pelajar telah dan akan menerima bantuan dalam bentuk sim kad atau tunai/baucer dengan jumlah peruntukan sebanyak RM24 juta.

“Bagi bantuan peranti (komputer riba) kepada pelajar B40 bersasar, sehingga kini sebanyak 3,773 peranti telahpun diedarkan kepada pelajar-pelajar IPT berkenaan. Sementara itu, sebanyak 3,997 buah komputer riba dan desktop lagi sedang dalam proses perolehan oleh KPT untuk diedarkan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Noraini menambah, sumbangan daripada Dana Universiti Awam, Tabung Haji, Yayasan, Tabung Kebajikan Pelajar, Zakat, Wakaf dan beberapa sumber lain ini melibatkan peruntukan lebih RM13 juta.

Menurut beliau, KPT juga telah mengadakan perbincangan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk satu lagi inisiatif pinjaman kewangan di bawah Skim BSN MyRinggit-i COMSIS bagi pembelian komputer riba oleh pelajar IPT.

“Selain daripada itu, KPT juga melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah melancarkan satu inisiatif crowdfunding melalui Tabung Prihatin Siswa sebagai satu platform bagi mempelawa pihak luar bersama-sama dengan KPT dalam menyalurkan sumbangan untuk membantu meringankan kesulitan pelajar yang berkeperluan dalam meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) tanpa kekangan.

“Usaha yang dibuat ini sangat penting bagi KPT dalam usaha untuk menjayakan aspek ekuiti dengan semua pelajar mendapat hak pendidikan yang setara tanpa jurang antara bandar mahupun luar bandar,” katanya.

Noraini menambah, PdP secara dalam talian merupakan antara norma baharu yang perlu kita santuni secara menyeluruh.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat