Chelsea sah ikat Tuchel

- Advertisement -

LONDON: Thomas Tuchel disahkan sebagai pengganti Frank Lampard di Chelsea menerusi kontrak selama 18 bulan.

Lampard secara dramatik dipecat Isnin lalu selepas prestasi kurang memberangsangkan yang meletakkan mereka di tangga kesembilan Liga Perdana dan 11 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Tuchel, yang tidak bekerja selama sebulan selepas disingkirkan Paris Saint-Germain, diberikan tugasan segera meningkatkan skuad yang gagal menyerlah hingga menyebabkan pemecatan Lampard.

Dia segera melakukannya semalam dengan mengendalikan latihan buat pertama kali pada sebelah petang.

“Kami semua amat menghormati kerja dilakukan Frank Lampard dan legasi dicipta di Chelsea. Pada masa yang sama, saya tidak sabar untuk bertemu pasukan baharu dan bersaing dalam liga bola sepak paling menarik.

“Saya bersyukur kini menjadi sebahagian daripada keluarga Chelsea – ia menakjubkan!”

Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia berkata: “Bukanlah sesuatu yang mudah menukar pengurus pada pertengahan musim tetapi kami sangat gembira dapat mengikat seorang daripada jurulatih terbaik Eropah, Thomas Tuchel.

“Masih banyak perlu dilakukan dan dicapai, musim ini dan seterusnya. Kami mengalu-alukan kedatangan Thomas ke kelab ini.” – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat