Konsert ‘NIDJI : ‘Pelangi di Miri’ Membawa gelombang Energi ke Miri!

- Advertisement -

26 Disember 2023 -Dibawakan oleh Northbound Events dengan kerjasama Space Two Sdn Bhd sebagai agensi artis dengan bangganya mengumumkan konsert sensasi ‘Nidji : Pelangi Di Miri’ yang akan memikat hati penonton pada 3 Februari 2024. Konsert yang menampilkan penyanyi terbaru, Ubay, ke dalam keluarga Nidji bakal menerajui kebolehan vokal luar biasa dengan aura energik Nidji dijangka membawa pengalaman baru kepada peminat-peminat setia di Miri.

Konsert yang bakal berlangsung di Eastwood Valley Golf & Country Club ini dijangka dihadiri oleh 2500 peminat dari sekitar Miri dan Brunei dan turut menampilkan 2 kugiran tersohor tempatan, D_Va dan MonoSterio sebagai persembahan pembukaan konsert ini.

Nidji yang bakal melancarkan album baru mereka pada tahun hadapan bakal menyajikan repertoar yang mencakup hits terbaik Nidji, bersama dengan kejutan-kejutan khas untuk para peminat setia. Konsert ini akan menyaksikan pecahan yang dinamik, harmoni yang memukau, dan performa panggung yang luar biasa seterusnya akan menjadi pengalaman tak terlupakan bagi peminat muzik di sekitar Miri.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan band yang telah merevolusikan dunia muzik Indonesia ini, secara langsung di Miri dan sertai kami untuk pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan.

Tarikh dan Masa:
Sabtu, 3 Februari 2024
Pintu dibuka pada jam 5 petang
Konsert bermula pada 8.30 malam
Tempat: Eastwood Valley Golf & Country Club

Tiket:
Tiket boleh didapati di ZOSO MUSIC atau secara atas talian di laman sesawang Ilassotickets.com . Sebarang pertanyaan mengenai tiket, sila hubungi 011 1943 1705.

Sponsor dan Rakan Media:
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan strategik dan penaja seperti Coms Creative Studio, Space Two Sdn Bhd, Ilassotickets.com, Pullman Hotel Miri sebagai penaja penginapan rasmi, Eastwood Valley Golf & Country Club , MiriFm sebagai radio rasmi, Zoso Music, Sarawak Tourism Board yang bersama menyokong menjayakan konsert ini dan turut dibantu rakan media seperti MIRIFM, Kelkatu TV yang telah menyokong konsert ini. Terima kasih kerana menjadikan Konsert Nidji di Miri suatu realiti yang memukau!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat