Bekalan Elektrik Di 748 Kawasan Terjejas Banjir Dipulihkan – TNB

- Advertisement -

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan, bekalan elektrik di 778 kawasan di empat negeri yang terjejas akibat banjir sudah dipulihkan, setakat pukul 11 malam tadi.

Kawasan tersebut merangkumi 170 kawasan di Selangor, 435 kawasan di Pahang, 25 kawasan di Negeri Sembilan dan 118 kawasan di Kuala Lumpur.

Selain itu, sebanyak 194 kawasan di empat negeri itu belum mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat.

Ia melibatkan 102 kawasan di Selangor, 68 kawasan di Pahang, dua kawasan di Negeri Sembilan dan dua kawasan di Kuala Lumpur.

Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

“Para pelanggan dinasihatkan supaya kekal selamat dan sentiasa berhati-hati. Dapatkan maklumat yang terkini dan sahih melalui Facebook TNB Careline atau Twitter Tenaga_Nasional. Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai. ,” katanya melalui laman Facebook rasmi TNB Careline, hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,613FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat