Hanya Hadir Majlis Tahlil Ibu Najib, Tiada Agenda Politik – Shafie Apdal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menolak spekulasi bahawa beliau ada membuat perbincangan politik dengan dua pemimpin kanan UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Ahli Parlimen Semporna itu berkata, gambar yang menunjukkan beliau duduk semeja dengan kedua-dua pemimpin itu adalah ketika beliau hadir ke kenduri tahlil arwah Tun Rahah Mohamed Noah semalam.

Mohd Shafie berkata, ketika ibu Najib meninggal dunia pada 18 Disember lalu, beliau tidak dapat hadir kerana terlibat dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sabah.

“Tiada agenda politik, saya hadir bagi menghormati seorang tokoh yang saya kenal lama. Ketika Allahyarhamah meninggal, saya berada di Sabah kerana sidang DUN baru bermula.

“Alhamdulillah semalam saya dapat hadir pada hari terakhir majlis tahlil yang diadakan di Yayasan Noah, Taman Duta,” katanya lagi.

Allahyarham Rahah, 87, balu kepada Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak, meninggal dunia di ibu negara pada 18 Disember lalu akibat sakit tua.

Jenazah Allahyarham telah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara, dan dimakamkan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, atas sumbangan yang ditaburkan kepada negara sewaktu hayatnya. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat