Tak manis bertembung sesama sendiri, calon BN Tioman harap PH beri laluan

- Advertisement -

TIOMAN – Calon Barisan Nasional (BN) DUN Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain menyambut baik hasrat pencabarnya dari Pakatan Harapan (PH), Mohd Fadzli Mohd Ramly yang menyatakan kesediaan memberi laluan kepadanya susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Johari berkata, meskipun secara pentadbirannya nama calon PH masih kekal sebagai calon namun beliau masih mengharapkan hasil kesepakatan BN-PH di peringkat Persekutuan dapat memberi satu jaminan positif.

“Secara rasminya pencalonan calon PH masih sah, tapi kami masih lagi mengharapkan gabungan di peringkat pusat ini memberi satu jaminan yang positif beri sokongan padu kepada BN dari segi sokongan rakyat ini akan beri kelebihan kepada calon BN.

“Jentera PH tidak lagi secara sistematik berkempen dan saya lihat bilik gerakan mereka juga tidak beroperasi dan kempen rumah ke rumah dan ke kedai tak kelihatan. Malah bendera dan bunting tak ada penambahan, ada yang dicabut.

“Dari segi mata kasarnya beri gambaran PH tak lagi berkempen dan teruskan agenada beri sokongan kepada calon mereka,” kata Johari kepada Suara.TV ketika ditemui di Teluk Gading pada Sabtu.

Johari bagaimanapun mengharapakan sokongan pengundi dan penyokong PH beralih kepada BN.
“Sebab di pusat dah berlaku gabungan, jadi tidak manis jika ada pertembungan sesama kita dan diharapkan pengundi dan penyokong PH beralih sokongan kepada BN,” katanya.

Terdahulu, calon PH DUN Tioman, Mohd Fadzli berkata, beliau bersedia memberi laluan kepada calon BN jika diarahkan pucuk pimpinan parti.

PRU15 DUN Tioman ditangguhkan kepada 7 Disember ini, ekoran kematian calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 Nov lepas, dipercayai akibat serangan jantung.

Selain Mohd Fadzli dan Mohd Johari, turut bersaing pada pilihan raya itu ialah calon PN Nor Idayu Hashim, Osman A.Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,462FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat