Rafiq lepas jawatan Pengerusi PN, Bersatu Melaka kuat kuasa serta merta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen meletak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka berkuat kuasa serta merta.

Rafiq yang juga Naib Presiden BERSATU, dalam kenyataan pada Jumaat, memaklumkan peletakan jawatan ini bagi memberi peluang kepada kepemimpinan baharu mengetuai BERSATU Melaka dan PN Melaka supaya mempunyai masa yang mencukupi bagi membuat segala persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Saya ingin memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai Pengerusi PN Melaka dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka berkuat kuasa serta merta.

“Surat rasmi peletakan jawatan saya akan diserahkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU dan Pengerusi PN esok (Sabtu),” katanya memetik BH.

Rafiq memberitahu peletakan jawatan itu juga membolehkannya memberi tumpuan untuk memperkukuhkan kedudukan dan sokongan rakyat terhadap PN Parlimen Tangga Batu dan BERSATU Bahagian Tangga Batu.

Di samping itu, katanya bagi membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai Naib Presiden BERSATU menjelang PRU-15.

“Saya ingin memohon jutaan kemaafan atas segala kekhilafan sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Pengerusi PN Melaka dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka,” katanya.

Rafiq sebelum ini tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas dalam saingan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, yang melabuh tirai Sabtu lalu.

BERSATU juga gagal mempertahankan kerusi disandang mereka dalam PRU 2018 iaitu DUN Telok Mas dan Paya Rumput, namun berjaya menang di DUN Bemban dan Sungai Udang dalam PRN kali ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat