Kerajaan suntik dana RM200 juta atasi masalah harga barang naik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menyediakan dana sebanyak RM200 juta sebagai pinjaman dalam sektor agro makanan bagi mengatasi masalah kenaikan harga bahan makanan ketika ini,” umum Perdana Menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dana pinjaman itu akan menetapkan kadar faedah sifar disamping pemberian moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan kepada penerimanya.

“Ini untuk kurangkan bebanan kepada usahawan pesawah, petani dan peladang iaitu di bawah TEKUN dan agro makanan terutama membabitkan tanaman sayuran dan buah-buahan.

“Kita tahu bahan makanan import dari luar negara, harganya bergantung kepada nilai dijual negara luar itu.

“Tapi kerajaan tidak akan lepas tangan begitu saja. Kita tidak akan jawab oleh kerana harga luar tinggi maka tanggunglah sendiri, tidak akan kata begitu,” katanya pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ke-47 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam tadi.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta timbalannya, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh serta Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara NAFAS dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), NAFAS dan syarikat berstatus State Own Enterprise (SOE) dari China serta NAFAS Sialin (M) Sdn Bhd dan Southeast Edible Bird’s Nest Capital Biotechnology Co Ltd.

Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju memberi peruntukan tambahan RM62 juta melalui NAFAS bagi menampung penambahan insentif untuk racun daripada RM200 seperti diumum sebelum ini kepada RM300 sehektar dan satu musim.

“Saya meminta Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Datuk Seri Alexander Nanta Linggi) untuk duduk bincang bagaimana kita boleh bantu peladang atau petani yang sedang hadapi bebanan sebab kenaikan harga.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat