Dana Jasa dikurangkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suntikan peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang kini dijenamakan sebagai J-KOM dikurangkan.

Pengumuman disampaikan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

“Dari segi pengurangan (Belanjawan 2021), saya ada buat satu usul untuk kurangkan peruntukan yang diberikan kepada Jasa.

“Dalam peringkat jawatankuasa kita akan umumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang bertanya sama ada tambahan pada belanjawan yang diumumkan hari ini akan melibatkan pengurangan peruntukan lain.

Sebelum ini kerajaan Perikatan Nasional (PN) menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dengan memperuntukkan dana sebanyak RM85.5 juta mendapat kritikan di media sosial termasuk pemimpin pembangkang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat