Malaysia tunggu keputusan PBB hantar tentera pengaman ke Palestin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Malaysia buat masa sekarang mengambil pendirian tunggu dan lihat dengan keputusan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai keperluan penghantaran tentera pengaman ke Palestin, lapor portal Kosmo.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negara tidak akan membuat keputusan tergesa-gesa dan apa juga keputusan diambil PBB nanti akan diberi pertimbangan khususnya oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kita sudah ada lebih 800 orang anggota tentera di Lubnan, kita ada juga beberapa pegawai yang masih lagi bertugas di Somalia ataupun di negara-negara Afrika tapi tidak seramai apa yang ada di Lubnan.

“Jadi sebagai negara yang menyertai PBB, kita akan tunggu dan lihat apa keputusan PBB dan di situ nanti kita akan menilai sama ada perlu ke Malaysia menyertai tentera pengaman ini ataupun tidak, kita tidak akan secara tergesa-gesa menghantar pasukan tentera kita di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Port Dickson, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad ketika berucap memberitahu, secara dasarnya akan berlaku pertukaran pasukan kontinjen Batalion Malaysia (Malbatt) 850-10 yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan bermula secara berperingkat sejak 2 Oktober lalu.

“Saya akan beritahu Kabinet bahawa akan meneruskan pertukaran anggota ini di Lubnan. Jika ada perkara yang berlaku selepas ini, kita akan buat keputusan berlainan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat