Media City langkah strategik kerajaan merangsang industri penyiaran negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pembangunan Media City merupakan antara langkah strategik kerajaan untuk merangsang perkembangan dan pembangunan industri penyiaran negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan wujudnya bangunan tersebut, langkah susulan dapat dibuat supaya standard penyiaran Malaysia tidak ketinggalan serta setanding dengan standard amalan di rantau ASEAN serta antarabangsa.

“Selain itu, peningkatan persaingan dengan bertambahnya penyiar dan pemain industri akan menggalakkan kerjasama yang dapat membangunkan kreativiti dan mewujudkan persaingan sihat dalam penerbitan kandungan.

“Peranan RTM sebagai media rasmi Kerajaan menjadi lebih dinamik berdasarkan teknologi dan kemudahan yang dimilikinya selain menjadi peneraju serta teladan kepada penyiar lain dalam menyampaikan mesej Kerajaan kepada rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan bangunan Media City di ibu negara hari ini.

Selain itu, Ismail juga berkata, dengan adanya Media City, ia mampu meningkatkan keupayaan RTM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Ia termasuk mengekalkan ideologi dan budaya Malaysia seperti peranan yang dipikul oleh penyiar kebangsaan lain di rantau ini termasuk Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura, kata Ismail lagi.

“Saya harap dengan adanya bangunan ini, langkah-langkah susulan dapat dibuat supaya standard penyiaran Malaysia tidak ketinggalan dan setanding dengan standard amalan di rantau ASEAN dan antarabangsa

“Peranan RTM sebagai media rasmi Kerajaan menjadi lebih dinamik berdasarkan teknologi dan kemudahan yang dimilikinya selain menjadi peneraju serta teladan kepada penyiar lain dalam menyampaikan mesej Kerajaan kepada rakyat,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,482FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat