Nik Omar wakil PH tanding Perak mahu pastikan Anwar jadi PM

- Advertisement -

PETALING JAYA – Anak kedua bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz dinamakan sebagai salah seorang calon Pakatan Harapan (PH) yang bakal berentap di negeri Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas tiket yang ditandingi Nik Omar sama ada PKR ataupun Amanah memandangkan kedua-dua parti di bawah payung PH.

Sekiranya sebelum ini tindakan Nik Omar bertanding di DUN Chempaka menentang calon PAS tidak direstui oleh ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak namun pada PRU15 kali ini beliau menyatakan bahawa perkara ‘restu ibu’ itu telah diselesaikan.

“Kalau dulu empat tahun lepas, takkanlah benda itu (restu) masih tak selesai. Alhamdulillah.

“Isu ini isu negara tentunya kalau nak buat kebaikan berkaitan kepentingan awam untuk negara dan rakyat Insyaallah.

“Kita menghormati perbezaan pandangan dia, tak sampai peringkat memisahkan hubungan… itu tidak dibenarkan dalam hubungan
itu untuk kepentingan negara,” katanya ketika ditemui media di Petaling Jaya pada Rabu.

Sementara itu, Nik Omar menyatakan penyertaan beliau dalam arena politik ialah demi meneruskan legasi ayahandanya, Allahyarham Nik Aziz.

“Tok Guru (Nik Aziz) sentiasa sebut betapa dia inginkan suatu masa Datuk Seri Anwar Ibrahim ditabal sebagai Perdana Menteri Malaysia jadi saya meneruskan ke arah untuk pastikan Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri.

“Anwar sudah cukup sarat dengan pengalaman, kemampuan, integriti yang ada pada dia dan kita boleh tengok dalam kehidupan harian dia memperjuangkan keadilan untuk rakyat. Saya cuma meneruskan semangat dan legasi Tok Guru,” jelas beliau.

Dalam perkembangan sama, Anwar mengumumkan senarai penuh kerusi yang bakal ditandingi wakil PKR di bawah PH akan diumumkan pada 28 Oktober ini.

Seterusnya, Anwar turut mengumumkan nama-nama calon lain yang bakal berentap di pentas PRU15 di bawah kuota PKR iaitu bekas pegawai kanan perkhidmatan awam, Datuk Zainal Azman Abu Seman (calon PH Perak); bekas Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Datuk Dr Hassan Basri Awang Dahan (calon PH Pahang); Pensyarah Kanan di Jabatan Parasitologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) seorang tokoh profesional kelainan upaya (OKU), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (calon PH Wilayah Persekutuan); bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan Yusop (calon PH Selangor) dan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha (calon PH Negeri Sembilan) dan calon siswa, Fathin Amelina Fazlie (calon PH Perlis).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat