Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Pernah Karang 100 Buku Pelbagai Bidang Keilmuan

- Advertisement -

DUBAI – Ulama berpengaruh, Sheikh Yusuf al-Qaradawi pernah mengarang hampir 100 buku dalam pelbagai bidang keilmuan Islam terutama dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam.

Memetik Bayan Linnas, buku-buku tulisan tokoh pemikir Islam itu sangat diminati oleh umat Islam di seluruh dunia.

Bahkan, buku-buku tersebut diulang cetak berpuluh-puluh kali dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

Antara buku hasil tangan beliau ialah Fatawa Muasarah, Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Fiqh al-Zakat, Fiqh-al-Siyam serta banyak lagi.

Sheikh Yusuf juga pernah menjadi ahli beberapa majlis dan yayasan tempatan serta antarabangsa yang memberi tumpuan kepada pemikiran, pengetahuan, hal ehwal Islam dan dakwah.

Antaranya beliau dilantik sebagai Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Majlis Rabitah al-Alam al-Islami di Mekah, Ahli Majlis Dana Islam di Qatar dan Ahli Majlis Pengajian Islam Eropah di Perancis.

Nama sebenar beliau adalah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf.

Dilahirkan pada 1926 di sebuah perkampungan Desa Shafat at-Turab, Mahallah al-Kubra, Gharbiah, Mesir, ulama besar dunia itu menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 96 tahun, hari ini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat