Cuma dapat ilham nak memulihara kawasan hijau, PRU-15 belum lagi – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih belum mendapat ilham untuk pembubaran Parlimen bagi melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pun begitu katanya, beliau hanya mendapat suntikan inspirasi bagaimana memulihara kawasan hijau.

“Saya berjalan di sekitar Central Park dan kagum dengan bagaimana kawasan hijau seluas 832 ekar di tengah-tengah bandar raya ini dikekalkan dan dipulihara,katanya lapor Bernama di New York.

Perdana Menteri berkata jika di Malaysia, pasti akan ada cadangan di atas meja beliau untuk membangunkan kawasan seumpama itu.

“Saya mendapat inspirasi bagaimana untuk memulihara kawasan hijau kita. Namun untuk pilihan raya, saya tidak mendapat apa-apa inspirasi,” katanya sambil tersenyum.

Meskipun spekulasi mengenai tarikh PRU-15
semakin kencang, Ismail Sabri belum membuat keputusan bila beliau akan membubarkan Parlimen.

Menurut beliau sebarang keputusan mengenai tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada perbincangan dalam kalangan pemimpin tertinggi Umno pada 30 September ini.

“Pada 30 hari bulan, petang ada (mesyuarat) Top 5 dan biro politik, malam ada MT (Mesyuarat Tertinggi). Jadi kita tunggulah,” katanya pada sidang media di akhir lawatan kerja empat hari ke Amerika Syarikat.

Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden Umno, berkata beliau belum mendapat maklumat mengenai agenda mesyuarat MT Umno.

“Saya pun tak tahu apa agenda MT dan sebagainya. Jadi malam tu lah kita akan bincang,” katanya.

Top 5 merujuk kepada Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden Umno.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat