Apa Perancangan Kerajaan Pastikan Inflasi Makanan Terkawal? – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan wajib menyatakan perancangan terutamanya dari segi import makanan dan langkah-langkah segera untuk pastikan inflasi makanan terkawal.

Gesaan ini dibuat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

“Isu harga barang amat penting ditangani dengan baik.

“Saya semakin risau memikirkan harga barang makanan asas yang diimport (seperti bawang, cili, beras dan lain-lain) apabila nilai ringgit terus menjunam,” katanya.

Fahmi memberitahu setakat jam 9 pagi ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan nilai pertengahan RM4.589 berbanding dollar Amerika Syarikat (AS).

Hal demikian beliau menuntut kerajaan menyatakan perancangan berkaitan import makanan bagi mengawal inflasi.

“Alhamdulillah pada Sabtu dan Ahad lalu kami selesai program Jualan Amal Prihatin Rakyat di PPR Kerinchi dan PPR Pantai Ria. Hampir 1,000 ekor ayam segar telah disediakan pada harga RM8 seekor.

“Di bawah program ini, 6,000 keluarga akan dibantu di seluruh Lembah Pantai,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat