#PRNSabah : ‘Power Ranger’ Turun Mengundi

- Advertisement -

PENAMPANG – Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bertambah meriah apabila pusat membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau, Penampang dikejutkan dengan kehadiran seorang individu berpakaian kostum watak Power Rangers.

Kelibat individu berkenaan yang mencuri perhatian orang ramai itu turut tular di beberapa platform laman sosial termasuk perkongsian di aplikasi WhatsApp berdasarkan perkongsian oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setakat jam 2.00 petang, SPR memaklumkan sebanyak 48 peratus telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka bagi memberi mandat terhadap siapa yang bakal meneraju negeri di bawah bayu itu.

Sementara itu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh turut menyeru orang ramai keluar menunaikan tanggungjawab itu selain turut mengingatkan orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat