PRN Sabah: Nasib Berbeza Ketua-Ketua Parti

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Percaturan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman tidak menjadi apabila gagal meraih kemenangan di DUN Bongawan.

Bagaimanapun dua lagi panglima perang Sabah iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin di DUN Lamag dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) DUN Senallang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berjaya mengekalkan kerusi kemenangan.

Ketua Bersatu Sabah (PPBM) turut menang di kerusi DUN Sulaman.

Nasib tidak baik dialami Ketua Umum Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia apabila dilaporkan tewas di DUN Pintasan selepas pengiraan semula dilakukan.

Keputusan tidak rasmi sebelum ini melaporkan Pandikar Amin menang di kerusi tersebut menewaskan PN dan Warisan.

Dalam pada itu, meskipun mencetuskan kontroversi sebelum tarikh undi awal, calon Warisan, Datuk Mohamaddin Ketapi memenangi DUN Segama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat