“Sibuk nak haramkan itu, ini selesaikan dulu bekalan air bersih” – Nik Nazmi bidas PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS didesak menyelesaikan bekalan air bersih di Kelantan terlebih dahulu sebelum lantang mengharamkan perkara-perkara lain misalnya penganjuran konsert.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan banyak isu asas di Kelantan masih gagal diselesaikan kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS.

“Sebelum nak haramkan itu, ini, saya minta PAS selesai dulu isu-isu asas di Kelantan.

“Selesaikan dulu isu peluang pekerjaan, pengurusan alam sekitar dan paling penting sebagai kerajaan yang asyik-asyik nak cakap soal agama – bekalan air bersih! desak Ahli Parlimen Setiawangsa itu.

Difahamkan kritikan Nik Nazmi itu sebagai respons kepada amaran yang dikeluarkan Pemuda PAS kononnya mereka tidak teragak-agak untuk menggerakkan bantahan jika gesaan agar konsert artis antarabangsa yang dijadualkan di negara ini tidak diendahkan.

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menggesa kerajaan membatalkan konsert sedemikian kerana ia menggalakkan budaya hedonisme menular dan dilihat tidak bersesuaian serta bertentangan dengan Islam sebagai agama Persekutuan.

Fadhli, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, membuat gesaan sama pada minggu lalu, apabila beliau menegaskan penganjuran bertalu-talu konsert mega adalah “kerja gila menjemput kemurkaan Allah”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat