Malaysia Sokong OPEC+ Kekalkan Kestabilan Pasaran Minyak Global

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia menyokong langkah proaktif Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) untuk mengekalkan kestabilan pasaran minyak global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, harga komoditi itu di pasaran antarabangsa masih belum stabil terutama susulan daripada pemulihan semula pasca pandemik Covid-19.

“Begitu juga tekanan inflasi yang meningkat dan kebimbangan kekurangan bekalan makanan, cabaran geopolitik dan perubahan iklim yang menjejaskan petunjuk ekonomi utama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustapa berkata, berdasarkan tinjauan prospek jangka panjang yang tidak menentu, Malaysia kekal berpendirian teguh terhadap komitmen bagi menyokong usaha OPEC+.

“Kelompok ini memiliki mekanisme yang mantap dalam mendepani cabaran pasaran termasuk sistem penyelarasan pengeluaran minyak dan terbukti pernah efektif sebelum ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat