Bajet 2023 Diawalkan Ke 7 Oktober

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembentangan Bajet 2023 dijangka akan diawalkan dari 28 Oktober ke 7 Oktober.

Menurut laporan The Star, difahamkan perubahan tarikh berkenaan diumum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat kabinet hari ini.

Difahamkan tarikh baru itu tiga minggu lebih awal daripada tarikh yang diumumkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini.

“Pemimpin kanan Barisan Nasional, dalam reaksi kepada berita itu berkata, Parlimen mungkin akan dibubarkan sejurus selepas Bajet dibentangkan,” menurut laporan berkenaan.

Laporan itu turut menyebut, susulan arahan Kabinet, langkah seterusnya ialah untuk memaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan ia memerlukan sekurang-kurangnya 28 hari untuk memaklumkan ahli-ahli Parlimen mengenai tarikh baru itu.

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan, Ismail hanya memberi respon ringkas berhubung dakwaan tersebut.

“Dulu zaman (perdana menteri kelima) Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dibentang pada bulan September” ujar Ismail ringkas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat