UMNO Bergerak Sebagai Satu Pasukan, Tiada Isu Dua Kem

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO akan terus bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan tanpa ada sebarang kem, bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar, berkata Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bekerjasama dengan sangat baik, sekali gus menafikan dakwaan wujudnya kem dalam parti itu.

“Kita bekerja sebagai satu pasukan. Dakwaan ada kem Putrajaya dan kem WTC (Pusat Dagangan Dunia)… tidak ada.

“Kita bergerak sebagai satu kem dan kita lihat kerjasama di antara Presiden dan Perdana Menteri amat baik. Contohnya, ketika mesyuarat Biro Politik sebelum ini, mereka berbincang berdua, barulah masuk ke mesyuarat.

“Ini menampakkan keakraban mereka, yang menunjukkan dakwaan bahawa ada kumpulan itu adalah tidak betul,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia di Odeon Walk, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, hari ini.

Beliau mengulas pandangan pemerhati dan penganalisis politik yang melihat pemimpin serta ahli UMNO seharusnya bergerak ke hadapan, sekali gus tidak membiarkan keputusan mahkamah terhadap individu tertentu termasuk membabitkan Datuk Seri Najib Razak, Selasa lalu, terus membelenggu parti itu.

Menurut pandangan mereka, jika semua pemimpin parti itu bersatu dan bergerak ke hadapan, ia boleh memberi kelebihan tersendiri kepada UMNO terutama kemenangan dalam PRU-15.

Pada masa ini, Noh turut menafikan laporan media yang mendakwa Perdana Menteri menerima tekanan bagi memenuhi beberapa tuntutan kepemimpinan UMNO.

“Tak pernah bincang pun. Ini tidak betul,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan laporan yang mendakwa pemimpin UMNO memberi kata dua kepada Perdana Menteri untuk memenuhi beberapa tuntutan atau beliau akan dipecat sebagai Naib Presiden parti. – BH

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat