Lucas NCT mohon maaf, mengaku ‘pisau cukur’

- Advertisement -

Seoul: Penyanyi juga anggota NCT, Lucas, 22, memohon maaf atas kisah lampaunya yang dikaitkan suka memanipulasi wanita dan seorang ‘pisau cukur’.

Lucas menerusi kenyataan rasmi mengakui sangat menyesali perbuatan lampaunya itu dan terkilan kerana sudah mengecewakan ramai pihak terutama peminat.

“Dengan sepenuh hati, saya memohon maaf kepada semua yang terluka kerana perbuatan salah saya. Kepada peminat yang terus menyokong dan ambil berat, maaf kerana sudah mengecewakan kamu.

“Saya sedar mengenai kesilapan sendiri serta tindakan tidak bertanggungjawab yang pernah dibuat. Saya berjanji hal ini tidak akan berulang lagi.

“Buat masa ini, aktiviti saya akan dibekukan seketika dan lakukan refleksi sedalamnya terhadap diri. Akhir sekali, mohon maaf kepada kakitangan syarikat, rakan kongsi, dan stesen penyiaran yang terkesan dengan perkara ini,” katanya.

Tidak ketinggalan, agensinya SM Entertainment menerusi kenyataan rasmi memaklumkan aktiviti promosi Lucas akan dihentikan buat masa ini.

“Kami sedar betapa serius permasalahan ini dan memutuskan untuk hentikan pelancaran semua kandungan lagu Jalapeño nyanyian Lucas dan Hendery,” kata agensi itu.

Pada 23 Ogos lalu, seorang wanita warganegara Korea Selatan membuat pendedahan pernah menjadi kekasih Lucas. Dia menuduh penyanyi itu jenis bermulut manis dan ‘pisau cukur’.

Menurutnya, penyanyi itu tidak akan menerima hadiah kecil diberinya. Sebaliknya dia hanya akan terima hadiah berupa kereta atau rumah.

Lucas dilaporkan hanya akan bertemunya di hotel dan kemudian beredar begitu saja. Dia kemudian akan ‘lesap’ dari radar dan menjauhkan diri dari wanita terbabit dengan alasan kurang selesa.

Pada keesokannya (24 Ogos), seorang wanita warganegara China turut membuat pendedahan pernah menerima nasib sama.

Lucas didakwa menjalin hubungan dengan kedua wanita itu pada masa yang sama.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat