Saya Tak Ada Lampu Ajaib -Tok Mat

- Advertisement -

SLIM: Kenyataan Presiden Pejuang, Dato Seri Mukhriz Tun Mahatdir kononnya dapat menarik pengundi atas pagar serta ahli PAS di Dun Slim mengundi calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim 29 Ogos ini seperti dia menyimpan lampu ajaib, kata Timbalan Presiden UMNO, Dato Seri Utama Mohamad bin Hasan.

“Saya tidak pasti kenyataan yang dibuat oleh Mukhriz itu ada asas atau tidak, saya tidak ada lampu ajaib untuk mengesahkan apa Mukhriz cakapkan itu.kata Tok Mat.

“Kita tengoklah apa yang berlaku 29 Ogos ini, sebab saya tidak ada lampu ajaib, tapi tak tahulah kalau Mukhriz ada lampu ajaib, ujar Tok Mat ketika berucap pada kempen ceramah PRK Slim, di Felda Besout 4, malam tadi.

Tok Mat pada ceramah kempennya menyeru para pengundi di Slim keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan memilih calon BN supaya legasi yang ditinggalkan oleh arwah Datuk Khusyairi dapat diteruskan.

Terdahulu Mukhriz dalam ceramah kempennya berkata, ada dikalangan pengundi PAS di Slim tidak berpuas hati dengan pemilihan calon Barisan Nasional Mohd Zaidi Aziz untuk bertanding pada PRK Slim ini.

“Mereka akan mengundi calon bebas disebabkan ketidakpuashatian itu, kata Mukhriz.

Pada PRK Slim ini, Pejuang meletakkan calonnya Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dengan menggunakan logo bebas. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat