Tanpa Pas, Bersatu tidak lagi dibayangi persepsi ekstrem dan konservatif – Sanjeevan

SEREMBAN – Calon Bersatu DUN Jeram Padang Datuk R Sri Sanjeevan menegaskan, keputusan Bersatu bergerak solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dapat menampilkan identiti asal yang bersifat sederhana dan inklusif.

Ketua Bersekutu Bersatu mengakui ketika mereka berada dalam satu gabungan bersama Pas, parti Bersatu turut menerima persepsi yang sama dan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai sebuah parti yang ekstrem atau terlalu konservatif.

“Sekarang, dengan keputusan Bersatu untuk bergerak secara solo dalam PRN Negeri Sembilan, saya melihat ia menunjukkan keberanian Presiden serta pucuk pimpinan parti untuk menampilkan identiti Bersatu sendiri.

“Kami mahu menawarkan diri kepada pengundi Negeri Sembilan berdasarkan kekuatan yang kami miliki.

“Kami mahu membuktikan bahawa Bersatu mempunyai kekuatan sendiri dan mampu mentadbir Negeri Sembilan sekiranya diberikan mandat oleh rakyat,” katanya dalam Wawancara Mandat @SuaraTV sempena PRN Negeri Sembilan.

Sementara itu, ditanya jika benar wujud satu jajaran atau perjalanan politik baharu, apakah prinsip bersama yang perlu menjadi asas untuk menyatukan Bersatu dengan parti-parti atau pertubuhan yang mahu bersama, Sanjeevan memaklumkan, ciri yang paling penting ialah saling menghormati antara satu sama lain.

“Jangan ada sikap khianat-mengkhianati. Itu yang pertama. Kedua ialah kesederhanaan.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan seorang pemimpin dan negarawan yang telah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan sehingga pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan. Beliau mempunyai pengalaman untuk membawa sesebuah gabungan ke peringkat yang lebih besar.

“Sebab itu saya selalu mengatakan bahawa mungkin masih ada rakyat yang tidak begitu mengenali Bersatu atau logo Bersatu, tetapi hampir semua rakyat Malaysia mengenali Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bagi saya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu “household brand”. Apabila terdapat parti-parti yang bersedia duduk bersama beliau, mereka percaya bahawa kerjasama tersebut mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat