Zahid desak RUU Pembiayaan Politik dibentang segera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Apabila Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan menguasai Parlimen akan dipastikan Rang Undang-undang (RUU) pembiayaan politik akan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan adanya undang-undang itu tiada lagi lagi pihak yang akan teraniaya dan kambing hitam dalam isu pembiayaan politik dan derma politik.

“Bak kata Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan, individu yang memberikan dana politik tidak berasa khuatir, manakala penerima tidak dizalimi.

“Inilah jadi azam UMNO dan Barisan Nasional (BN) janganlah putus asa dan teruskanlah bangkit. Masa akan tiba tidak lama lagi,” ujar Zahid.

Kata beliau, meskipun hingga hampir berakhirnya sidang Dewan Rakyat, rang undang pembiayaan politik belum dibentangkan.

“Ketika pemerintahan Datuk Seri Najib Razak pernah dicadangkan undang-undang pembiayaan politik namun apabila BN kalah ia tidak sempat dibentangkan.

“Akibatnya apabila era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja rang undang-undang tersebut tak dibentangkan, maka pendakwaan terpilih berlaku dan berunsur politik,” ujarnya.

Malah kata Zahid yang menjadi mangsa ialah mereka dianggap musuh politik.

“Apabila saya enggan membubarkan UMNO, saya dan teman-teman pimpinan parti dijadikan kambing hitam dalam isu kes wang pembiayaan politik dan derma.

“Peliknya yang bersekutu dengan mereka tiada pula apa-apa pendakwaan hingga kini,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat