Pelaburan domestik GLC mampu tingkat ekonomi negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disaran turut sama memainkan peranan dalam menyokong proses pemulihan ekonomi.

GLC perlu memainkan peranan dengan melabur dalam pelbagai aktiviti ekonomi pada ketika ini,” syor Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Pengerusi Kelab Backbenchers GRS itu menyatakan sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat yang besar seperti syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia serta syarikat-syarikat milk kerajaan (GLCs) perlu turut sama memainkan peranan dalam menyokong proses pemulihan ekonomi yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Antara sebab utama mengapa GLC perlu melabur ialah keterbatasan kewangan sektor awam untuk terus membuat perbelanjaan yang tinggi dalam jangka masa panjang.

“Justeru, pelaburan di dalam sektor-sektor strategik yang terjejas teruk seperti pelancongan boleh membantu merangsang aktiviti sektor berkenaan dan mengelakkan sesetengah perniagaan dari gulung tikar,” kata Salleh dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut bekas Ketua Menteri Sabah itu, tanpa pelaburan-pelaburan ini, ia boleh menyebabkan sesetengah syarikat-syarikat yang lebih kecil gulung tikar.

“Pada awal tahun 2020 iaitu Januari 2020, jumlah pengunjung yang mengunjung Sabah adalah lebih 300,000.

“Bayangkan jika tiap-tiap pengunjung membelanjakan hanya RM1,000 setiap orang. Ini bermakna, kerugian perbelanjaan di dalam pelbagai rantaian ekonomi menurun lebih RM300 juta sebulan.

“Dengan adanya pelaburan daripada GLC, impak dahsyat Covid-19 dan kelembapan ekonomi semasa dapat diminimakan, atau dalam bahasa Inggerisnya to cushion the impact,” ujar Salleh lagi.

Tambah beliau, pelaburan besar daripada GLC berupaya membantu meningkatkan perbelanjaan dan permintaan di dalam ekonomi, justeru peningkatan pendapatan isi rumah dan firma-firma perniagaan serta hasil kutipan cukai kerajaan.

“Penurunan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia pada tahun 2020. Pelaburan dari GLC menyokong proses pemulihan ekonomi negara yang diusahakan pihak kerajaan. Apabila pandemik melanda dunia, jumlah pelaburan langsung asing yang memasuki negara mencatatkan penurunan yang sangat tinggi.

“Sebagai contoh, pada tahun 2020 sahaja, jumlah FDI yang memasuki Malaysia dilaporkan telah turun melebihi 50 peratus dari tahun sebelumnya,” kata beliau.

Salleh memberitahu, untuk melawan keadaan yang perlahan pelaburan langsung domestik (domestic direct investment) perlu ditingkatkan untuk melawan mengimbangi kekurangan pelaburan langsung asing. Oleh itu, GLC boleh memainkan peranan penting.

Malah kata beliau lagi, ramai sarjana telah memberikan pandangan bahawa intervensi ekonomi seperti pakej rangsangan fiskal adalah penting untuk melawan keadaan ekonomi yang perlahan dan menakankan bahawa peranan pihak kerajaan adalah sangat penting.

“Sungguhpun begitu, secara realitinya, negara lain di seluruh dunia turut mengalami keterbatasan keupayaan kewangan dalam melawan keadaan ekonomi yang perlahan dengan meningkatkan perbelanjaan di dalam ekonomi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat