Respons UMNO Kedah, PAS nak perintah sendiri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Langkah bersendirian atau solo PAS sudah diduga awal,” kata Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menurut beliau, Presiden PAS dalam satu program politik yang diadakan di Kompleks PAS Kota Sarang Semut baru-baru ini telah menyatakan keputusan bahawa “PAS mahu perintah Kedah bersendirian”.

“Hari ini sudah terang lagikan bersuluh bahawa segala teka-teki rakyat umum apakah pendirian sebenar PAS terutama berkaitan Muafakat Nasional (MN) atau PAS sebagai rakan kongsi Perikatan Nasional (PN).

“Keputusan ini adalah hal urusan politik dalaman PAS,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Namun pada masa yang sama, Jamil Khir berkata, Presiden PAS juga menyifatkan rakyat Kedah pada PRU-14 lalu sebagai “jahil agama sendiri” sebagaimana laporan-laporan berita pada 24 Julai 2022, disamping nama UMNO turut dipetik adalah amat dikesali.

“Kenyataan Presiden PAS yang juga merupakan Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah dilihat seumpama “kaca yang dihempas ke batu” bagi masyarakat awam yg mengharapkan garapan ta’awun dalam pelbagai bentuk disulami kebijaksanaan politik berdasarkan landskap negeri Kedah. Masyarakat yang majmuk dan Melayu adalah majoritinya.

“Apapun langkah bersendirian atau solo PAS sudah diduga awal. Sejak Piagam MN ditandatangani sehingga lah kemudiannya PAS menjalinkan kerjasama bersama Bersatu menubuhkan PN.

“Diikuti berikutnya pertandingan PAS diatas tiket Parti PN dengan menggunapakai lambang PN di PRN Melaka dan Johor dan menentang BN/UMNO.

“Maka keputusan bersendirian PAS Kedah tidak lah sesuatu yang dikira pelik,” tegasnya.

Justeru menurut Jamil Khir, BN-UMNO Kedah akan bersiap sedia ke arah PRU-15 sebagai sewajarnya bagi kembali membela rakyat yang menghadapi pelbagai cabaran kehidupan dengan slogan kesetiaan, kestabilan dan kemakmuran.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat